Advertisement
Advertisement
“Ada Banyak Syaitan Mengganggu” – Sufian Suhami
September 8, 2017
Engku Emran & Bella Sah Suami Isteri
September 8, 2017

Kau Takdirku Mula Jengah Pawagam

By: Faris Othman

Filem Kau Takdirku telah menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 September lalu. Karya Jason Chong ini membariskan pelakon bertaraf A-lister negara iaitu Remy Ishak dan Bront Palarae selain aktres meningkat naik, Ezzaty Abdullah sebagai peneraju.

Naskhah tulisan Azlina Pa’ Wan ini membawa tema cinta dan pengorbanan dalam satu konflik perhubungan yang meruntun jiwa. Akhbar New Straits Times menyifatkan kisah ini sebagai percintaan tiga segi dengan pengakhiran mengejutkan manakala Harian Metro pula berpendapat kehadiran filem ini sebagai penyeri cerita emosi yang pernah diterbitkan.

Kau Takdirku mengisahkan Kamar (Remy Ishak) yang mencintai dalam diam adik angkatnya, Alya (Ezzaty Abdullah). Alya bertemu kawan Kamar, Harris (Bront Palarae) ketika ke sebuah pulau untuk menyempurnakan tugasan universitinya.

Harris yang memang dikenali sebagai playboy mengundang ketidakselesaan Kamar yang mahu melindungi adik angkatnya itu daripada dilamun cinta. Keadaan ini membuatkan perhubungan ketiga-tiga mereka mula berantakan dan dilanda kemelut yang sukar difahami.

Namun, Alya tetap mengahwini Harris sehinggalah satu insiden menyebabkan Harris hilang di tengah lautan. Kamar kemudiannya memperisterikan Alya, tetapi disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, apabila Harris pulang secara tiba-tiba.

Mampukah Alya menghadapi dan membuat pilihan terbaik untuk dirinya? Kisah cinta yang satu dunia dan akhirat ini akan merungkai gelojak jiwa dihadapi Alya yang terpaksa memilih antara dua lelaki yang masing-masing punya sebab untuk ditimbangtara dan jadi pilihan muktamad.

Remy Ishak dalam satu temubual bersama Tonton Extra baru-baru ini mengatakan penjiwaan dalaman filem ini membuatkan dirinya terpaksa menemui seorang pakar psikiatri! Menurutnya, biarpun ramai menyangka konflik watak dibawanya dalam filem berkenaan tidaklah terlalu berbeza, namun tidak bagi jejaka idaman Malaya ini.

Saksikan trailer rasmi di saluran Youtube Grand Brilliance dan sedutan 15 minit terawal di portal Tonton. Untuk info lanjut dan perkembangan terkini, lawati Facebook, Instagram dan Twitter Grand Brilliance di @grandbrilliance.

Foto: Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid