Advertisement
Advertisement
Marcell Terharu Murid Sekolah Tahu Hanya Memuji
September 12, 2017
Jason Chong Tak Tonton Menanti Februari
September 12, 2017

Aizat Amdan Kembali Dengan Introduction

By : Nani Ramlee

Setelah setahun menyepikan diri daripada dunia video log atau vlog, pelantun lagu ‘Hanya Kau Yang Mampu’, Aizat Amdan kini kembali meneruskan minatnya menerusi vlog terbaharu berjudul, Introduction.

Selain memaparkan perkara-perkara menarik tentang kisah realiti kehidupan serta kerjayanya, vlog yang boleh dilayari di chanel Youtube Official Aizat Amdan ini juga turut mengetengahkan mesej-mesej yang positif kepada penonton.

“Dari kecil lagi saya memang suka merakamkan video sebagai kenangan. Bagi saya, vlog merupakan satu medan yang orang belum terokai lagi. Vlog juga merupakan salah satu cara untuk peminat lebih dekat serta mengenali diri saya,” tuturnya sewaktu ditemui pada majlis pelancaran vlog serta muzik video ‘Jangan Menangis’ di pejabat Warner Music, Menara TSR.

Aizat merupakan artis pertama di Malaysia yang membuat vlog pada tahun 2015. Kongsi penyanyi berusia 28 tahun itu, idea untuk kembali membuat vlog tercetus semula selepas berkolaborasi dengan syarikat Warner Music Malaysia.

“Dengan sokongan Warner Music, saya dan abang saya Amar kembali membuat vlog selepas setahun menyepi. Selain muzik, saya rasa kerjasama ini juga mampu membuka peluang untuk Warner menerokai pelan promosi dari segi video. Apapun, terima kasih kepada Warner kerana mempercayai visi kami,” katanya lagi.

Berkongsi mengenai kerjasama tersebut, Aizat memberitahu dia akan terlibat dengan beberapa rangka promosi untuk lagu ‘Jangan Menangis’ di mana pada bulan Oktober dan November ini, dia akan terlibat dengan siri jelajah IPT di UTEM, USM, UTHM, UUM Sintok dan Kolej Universiti Widad.

Bagi mereka yang ingin mengikuti perjalanan kehidupan, karier serta aktiviti yang dilakukan Aizat, anda boleh langgan, like dan share video log dengan melayari Youtube Aizat Amdan, @OfficialAizatAmdan.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid