Advertisement
Advertisement
Aizat Amdan Kembali Dengan Introduction
September 12, 2017
Bella Dally, Nazim Othman Bulan Madu ke Maldives
September 13, 2017

Jason Chong Tak Tonton Menanti Februari

By : Miss Ayu

Pengarah filem ‘Kau Takdirku’, Jason Chong memberitahu dia pasti sama ada benar atau tidak filem arahannya itu punya persamaan dengan jalan cerita drama ‘Menanti Februari’ yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini.

Jelas Jason, dia tidak pernah menonton drama terbabit dan jika benar ia punya persamaan, ia berlaku secara kebetulan.

“Saya tidak tahu jika ada persamaan dengan drama itu sebab saya tidak pernah menontonya. Cerita Kau Takdirku saya tulis kira-kira empat tahun lalu dan penggambarannya pula dijalankan kira-kira tiga tahun lepas. Jika ada yang kata ada persamaan, ia secara kebetulan.

Ketika cerita ini ditulis, saya berpendapat jalan ceritanya cukup unik. Saya tidak boleh salahkan penonton kalau mereka bandingkan, tetapi saya boleh jelaskan pada mereka dan harap mereka bagi peluang kepada filem ini dan tonton di pawagam,” ulas Jason.

Ditanya mengapa filem terbitan Primeworks Studios dan Grand Brilliance ini diperam terlalu lama, Jason memberitahu itu adalah keputusan pihak studio dan dia tidak punya kuasa untuk memaksa filem itu ditayangkan lebih awal.

“Itu adalah keputusan pihak studio. Saya tidak ada kuasa untuk memaksa mereka membawa filem ini ke pawagam mengikut tarikh pilihan sendiri. Saya percaya pihak studio punya sebab mereka sendiri dan sebagai pengarah yang berkerja untuk mereka, saya perlu akur.

Tiada sebarang isu teknikal terjadi dalam pembikinan filem ini. Semuanya mengikut perancangan. Walaupun ini adalah hasil kerja saya, tetapi filem ini bukan milik saya. Ia adalah hak Primeworks Studios dan Grand Brilliance. Saya dah buat yang terbaik dan terpulang kepada mereka buat keputusan,” ujar Jason yang masih menerima tawaran berlakon sekali-sekala.

Ezzaty pertama kali bergandingan dengan Remy Ishak.

Bercerita tentang cabaran utama dalam mengarahkan filem bertemakan percintaan ini, Jason memberitahu dia paling bimbang tentang tempo.

“Saya tidak mahu filem ini bergerak terlalu perlahan atau terlalu cepat. Kalau terlalu perlahan penonton akan bosan, jika terlalu cepat penonton mungkin tidak faham. Saya harap garapan filem ini mampu memuaskan hati penonton sekaligus boleh diterima ramai,” ulas Jason lagi.

Sebelum mengakhiri perbualan, Jason sempat mengulas tentang persembahan Ezzaty Abdullah yang menggalas watak Alya, wanita yang menjadi rebutan dua jejaka, Harris dan Kamar.

“Saya bangga dengan dia. Sebagai orang baru dalam dunia filem, saya dapat lihat dia bekerja keras untuk menjayakan wataknya. Bergandingan dengan orang lama dan disegani memang buat dia agak tertekan lebih-lebih lagi watak Alya banyak bermain emosi. Tetapi Ezzaty berjaya mengatasi masalah itu. Dia juga banyak minta tunjuk ajar daripada saya berikan yang terbaik,” ulas Jason.

‘Kau Takdirku’ yang membariskan Remy Ishak, Ezzaty Abdullah, Bront Palarae, Aisya Hasnaa, Megan Tan, dan Kartina Aziz kini sedang ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula 9 September lalu.

Foto : Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid