Advertisement
Advertisement
Bella Dally, Nazim Othman Bulan Madu ke Maldives
September 13, 2017
Clever Girl: Ika Sabah Kesal Tak Ambil Risiko
September 13, 2017

Aizat Amdan Ke Wad Psikiatri

By : Nani Ramlee

Pelantun lagu Susun Silang Kata, Aizat Amdan berkongsi mengenai pengalamannya berkunjung ke Wad Psikiatri HUKM ketika sambutan Hari Raya Haji baru-baru ini. Menurut Aizat, kunjungannya itu merupakan program di bawah One Moment For Them yang turut disertai rakan artis lain iaitu Noh Salleh, Faizal Tahir dan Mizz Nina.

“Ini merupakan pengalaman kali pertama saya menyambut Hari Raya Haji dengan pesakit mental. Selain berhibur bersama pesakit mental, kunjungan selama empat jam ini juga mendekatkan diri saya dengan mereka.

Saya sempat bersembang dengan dua orang pesakit. Seorang pesakit lelaki yang mengalami stress kerana masalah kewangan. Seorang lagi wanita muda berusia 24 tahun yang mengalami masalah depresi,” ujarnya sewaktu ditemui pada majlis pelancaran vlog serta muzik video ‘Jangan Menangis’ di Pejabat Warner Music baru-baru ini.

“Kebetulan saya pun mempunyai ramai kawan yang mengalami depresi, stress dan bipolar. Jadi, kunjungan ini banyak memberi info kepada saya. Saya tak pernah terfikir ia akan menjadi isu yang sangat besar sebab saya ingat masalah dunia ini lebih kepada peperangan.

Tetapi, depresi juga satu isu yang agak berat dan saya harap perkara ini dapat ditangani. Bagi saya, masyarakat perlu diberi pendedahan mengenai penyakit ini,” tuturnya sambil memberitahu akan berkongsi pengalaman tersebut ke dalam vlognya di Youtube Official Aizat Amdan.

Penyanyi lagu Sungai Lui ini kembali aktif membuat video log atau vlog selepas setahun menyepi. Ditanya sejauh mana keterbukaannya untuk berkongsi mengenai kisah peribadinya dalam vlog tersebut, ini jawapannya.

“Semua orang ada hak privasi sendiri. Jika terlalu peribadi, saya tidak akan dedahkan. Saya nak cerita dan kongsi perkara yang ada nilai kepada peminat,” jelasnya yang menafikan faktor bosan dengan kehidupan merupakan sebab dia aktif semula vlog.

“Bukan sebab bosan atau sunyi, tapi sebab saya ada banyak sangat masa lapang. Saya selalu luangkan masa di studio pada waktu malam. Manakala pada sebelah pagi pula selepas bersenam dan sarapan, saya dah tak ada kerja nak lakukan. Jadi, selain minat, saya turut buat vlog ini untuk mengisi masa lapang,” ujarnya yang bakal melancarkan single kedua bersama Warner Music pada November nanti.

Foto : Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid