Advertisement
Advertisement
Jason Chong Tak Tonton Menanti Februari
September 12, 2017
Aizat Amdan Ke Wad Psikiatri
September 13, 2017

Bella Dally, Nazim Othman Bulan Madu ke Maldives

By : Faris Othman

Selepas pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen berkongsi gambar percutian mewah mereka di Maldives baru-baru ini, kini pasangan Bella Dally dan Nazim Othman pula melakukan perkara yang sama.

Berdasarkan kapsyen di Instagram Bella, percutian di Angsana Velavaru, Maldives itu adalah sempena ulang tahun perkahwinan mereka untuk pertama kali setelah melangsungkan pernikahan pada 10 September tahun lalu.

Menurut sumber sebuah portal hiburan, harga penginapan semalaman di resort berkenaan mencecah RM10 ribu sekaligus membuatkan netizen tercengang dan kagum dengan harga yang boleh dikatakan mewah dan tidak mampu dibiayai bagi orang kebanyakan.

Turut dikongsi Bella adalah siri gambar keindahan resort berkenaan yang dikelilingi air laut membiru yang jernih dan bersih selain kecantikan rekaan bilik penginapan mereka yang memukau.

Selain memancing sendiri ikan yang menjadi santapan makan tengah hari, pasangan romantik ini juga sempat berkayak sekitar pantai dan memberi makan burung nuri yang cukup jinak terbang di tapak tangan mereka.

Jika sebelum ini rumah tangga mereka dikatakan bergolak kerana Bella pernah memadam gambar suaminya itu di akaun Instagramnya, namun gosip itu mula reda apabila gambar mereka bercuti bersama dimuatnaik di laman sosialnya itu tidak lama kemudian.

Ruangan komen kedua-dua mereka dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa supaya ikatan terbina berkekalan dan dikurniakan cahaya mata yang akan jadi penyeri rumah tangga.

Kredit foto : Instagram Bella Dally

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid