Advertisement
Advertisement
Aizat Amdan Ke Wad Psikiatri
September 13, 2017
Clever Girl: Keira Anggap Kemenangan Bukan Bebanan
September 14, 2017

Clever Girl: Ika Sabah Kesal Tak Ambil Risiko

By : Nani Ramlee

Wakil negeri Sabah, Ika melahirkan rasa sedih apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kelima program Clever Girl Malaysia musim kedua. Menurut pemilik nama Syafiqah Binti Ishak ini, dia berasa bimbang apabila namanya berada di tangga tercorot dan akui pasrah dengan keputusan pada Jumaat lalu.

“Saya sedih dan agak terkejut sebab tiada siapa yang ingin terkeluar. Ketika Alif umum nama saya akan ke pusingan penyingkiran, perasaan takut terus muncul secara tiba-tiba. Selepas tengok soalan-soalan, saya dah pasrah dan tahu saya akan terkeluar sebab kedua-dua soalan bukan dalam bidang pembelajaran saya,” tutur Ika sambil meluahkan rasa kesal.

“Kesilapan saya ialah tidak menjawab soalan dengan cepat pada pusingan pertama dan kedua. Saya kesal tidak mengambil risiko untuk menjawab, biarpun kebanyakan soalan yang diajukan saya tahu jawapannya. Saya memang menyesal dan rasa sangat ralat.

Jika saya ambil risiko tekan buzzer, mungkin ia boleh menyelamatkan saya daripada ke pusingan penyingkiran,” ujar Ika yang pernah merangkul gelaran Juara Mingguan pada minggu ketiga.

Biarpun tersingkir, usahawan muda ini mengakui ia sedikit pun tidak akan mematahkan semangatnya dan akan meneruskan kehidupannya seperti biasa selepas ini.

“Saya akan meneruskan kehidupan saya seperti biasa dalam bidang kecantikan, akademi, restoran dan perniagaan produk. Sebelum ini saya juga memang seorang pengacara, jadi melalui platform Clever Girl ini, mungkin peluang menceburi bidang pengacaraan terbuka lebih luas. Saya juga ingin mencuba bidang lain seperti lakonan,” kata gadis berusia 30 tahun ini sambil akui program Clever Girl banyak memberi ilmu kepadanya.

“Sepanjang saya berada dalam program ini, saya belajar yang proses pembelajaran tidak boleh berhenti. Walaupun saya ada PhD, ia tidak bermakna saya dah pandai. Ada banyak lagi ilmu yang saya tidak tahu. Saya sedar kelemahan dan kekurangan saya dan saya mahu meningkatkan lagi ilmu saya dalam pelbagai bidang,” tuturnya mengakhiri perbualan.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid