Advertisement
Advertisement
Marianne Tan Sedia Pikat Pasaran Melayu
September 15, 2017
Clever Girl 2017: FRKL21 Shoes
September 15, 2017

Brandon Ho Daripada Pengacaraan Ke Lakonan

By : Faris Othman

Mengambil langkah besar dengan menerima tawaran membintangi filem adalah sesuatu yang berani, apatah lagi tanpa latar belakang atau pengalaman melibatkan diri di layar perak. Namun bagi bakat baru, Brandon Ho, cubaan sulungnya berlakon berlandas sebab kukuh tersendiri.

Setelah 4 tahun bergelumang dalam bidang pengacaraan, Brandon tanpa ragu menerima tawaran berlakon dalam filem By MY Side arahan Reuben Kang dan diterbitkan hasil kolaborasi JinnyboyTV serta tonton.

“Salah satu sebab saya mendapat kekuatan untuk berlakon adalah pasukan produksi yang bekerja untuk filem ini. Kami ada persefahaman dan boleh berkomunikasi dengan baik hasil kerjasama sebelum ini. Semuanya, saya sebagai bakat, pengarah dan produksi boleh berbincang dan memahami satu sama lain dengan baik.

“Sebelum ini untuk Jinnyboy saya ada mengacara beberapa rancangan terbitannya tapi tiada satu pun lakonan. Mereka juga banyak beri tunjuk ajar sepanjang penggambaran. Contohnya pergerakan anak mata yang tidak boleh banyak pandang ke bawah walaupun sedang bersedih kerana ekspresi ini tidak dapat dilihat di kamera.

“Benda-benda macam ni banyak memberi input kepada saya untuk belajar sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan. Mungkin orang tak akan perasan tanpa diberi panduan sebegini. Saya banyak belajar sepanjang di set penggambaran,” tambahnya yang mensyukuri peluang keemasan sebegini.

Brandon Ho menjalinkan hubungan cinta dengan Marianne Tan dalam filem By MY Side.

Bagaimanapun, kecintaan Brandon kepada pengacaraan masih menebal dan tidak mudah untuk dilupakan. Jelas Brandon, dia tidak dapat menipu dirinya bahawa pengalaman pertama berlakon telah memutikkan rasa cinta kepada dunia barunya itu.

“Cinta pertama saya tetap pada pengacaraan, sebab bidang ini saya permulaan saya. Harap-harapnya cubaan sulung saya berlakon membuka peluang baru untuk saya cuba di masa depan.

“Apa yang saya alami sepanjang 2 bulan lalu untuk filem ini cukup mengujakan dan sangat memuaskan hati. Saya sudah jatuh cinta dengan lakonan, malahan kalau perlu berlakon untuk selama-lamanya pun, saya boleh saja,” katanya ketika ditemui di Hotel Majestic Kuala Lumpur, baru-baru ini.

By MY Side mengisahkan Ben (Brandon) dan Faye (Marianne Tan) yang bercinta dan hubungan mereka mula diuji apabila Ben memutuskan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Faye perlu berusaha menyelamatkan hubungan atau berdepan cinta jarak jauh sekaligus perlu hidup sendirian.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam TGV seluruh negara bermula 16 September ini.

Foto : Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid