Advertisement
Advertisement
‘Lamaran’ Ditolak Tasha Shila, Boy Iman Melatah
September 18, 2017
Sufian Suhaimi Nafi Tangguh Pengajian Sebab Elfira
September 19, 2017

Clever Girl: Shazana Tak Ada Niat Buruk

By: Faris Othman

Sudah lumrah rancangan realiti, penonton atau peserta wajib bersedia dengan sebarang kemungkinan berhadapan kejutan. Dalam Clever Girl Musim 2, pemenang mingguan wakil Selangor terpaksa memikul tanggungjawab besar apabila ditugaskan memasangkan 4 peserta tercorot kepada 2 pasukan yang perlu berentap sesama sendiri.

Namun, Shazana yang juga pelajar perubatan tidak melihatnya sebagai peluang menyingkirkan peserta yang menjadi saingannya sekaligus menjamin laluan lebih mudah di minggu-minggu akan datang. Gadis tinggi lampai ini lebih senang memilih pasangan berdasarkan kekuatan dan kelebihan masing-masing.

“Saya pasangkan mengikut kekuatan masing-masing. Saya dengan mereka dah lama, jadi tahu kekuatan masing-masing.  Seorang bijak dalam pengetahuan am, seorang lagi dalam sains. Jadi seimbang. Mereka boleh bekerjasama antara satu sama lain. Tak ada niat untuk menjatuhkan sesiapa pun.

“Menang atau kalah, semuanya rezeki. Bukan dalam perancangan saya untuk menyingkirkan mana-mana peserta atau untuk menyenangkan laluan saya dalam pertandingan ini. Tahap IQ dua-dua sama, begitu juga pengetahuan masing-masing,” katanya.

Ilyia (Kedah) dan Mas (Wilayah Persekutuan) tersingkir pada minggu keenam.

Dalam saingan minggu keenam itu, Mas (Wilayah Persekutuan) dan Iylia (Kedah) terpaksa akur kepada kekuatan Emyllia (Terengganu) dan Fadila (Negeri Sembilan) yang berjaya membolos laluan sukar pasangan lawan.

Diberi tanggungjawab besar berkenaan, Shazana tidak dapat mengelak dari rasa bersalah apabila dua rakan seperjuangannya terpaksa menamatkan saingan di minggu keenam. Bagaimanapun, dia optimis dengan keputusan diambil dan menganggap semuanya adalah rezeki masing-masing.

“Rasa serba salah tu memang ada kepada Mas dan Iylia. Memang terpaksa ambil keputusan ni, tapi saya rasa saya buat keputusan yang adil untuk semua. Dua-dua pasangan saya pasangkan ikut keseimbangan, tapi akhirnya semua berbalik soal rezeki.

“Kalau ada yang fikir saya ada niat buruk percaturan sendiri untuk mengeluarkan mana-mana peserta, saya tak boleh kawal. Sebabnya saya sendiri tak tahu soalan apa yang akan keluar, dan saya juga tak tahu apa yang mereka tahu juga,” katanya.

Clever Girl bersiaran secara langsung setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi TV3.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid