Advertisement
Advertisement
Tiga Peserta Ke Pentas Akhir Da’i Pendakwah Nusantara
September 27, 2017
Namron Tidak Kecil Hati
September 28, 2017

Alyah Nafi Unsur Negatif Dalam Klip Video Lagu

By : Faris Othman

Penyanyi Alyah menolak dakwaan dia cuba mempromosikan elemen negatif dalam klip video single terbarunya bersama Farawahida berjudul ‘Mengapa Harus Aku’. Menurutnya, mesej yang mahu disampaikan perlu dilihat daripada aspek positif untuk memberi pengajaran kepada penonton.

Ditulis sendiri penyanyi ini, lirik nukilannya berinspirasikan kisah benar yang didengar di sekelilingnya dan disesuaikan menurut keadaan semasa. Kisah ini diharapkan dapat memberi perspektif berbeza mengenai isu kecurangan dalam rumah tangga yang banyak berlaku di kalangan masyarakat.

“Saya menulis berdasarkan pengalaman orang yang dilihat menerusi media sosial dan juga cerita-cerita yang didengar daripada kawan-kawan yang mengalami kisah macam ni. Ini kesakitan mereka. Kita memang tak nak benda macam ni berlaku, tapi kalau Allah mahu uji kita, apa boleh kita buat?

“Jadi lagu ‘Mengapa Harus Aku’ menyelami apa yang mereka hadapi sebagai seorang perempuan. Saya juga perempuan, jadi saya cuba sampaikan bagaimana jika berada di tempat mereka,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran single itu di Subang Jaya baru-baru ini.

Akuinya, lagu berkenaan bukanlah yang pertama menampilkan unsur sedemikian dalam klip video. Baik atau tidak, semuanya terpulang kepada penonton untuk melihat dari sudut mereka sendiri menilai sesuatu isu.

Alyah memilih Farawahida sebagai pasangan duetnya dalam lagu ‘Mengapa Harus Aku’.

“Kalau diikutkan, banyak juga lagu-lagu yang menyampaikan mesej negatif juga. Berbalik juga pada penerimaan orang kepada lagu sebegitu. Bayangkan dua orang yang tak ada pintu keluar sebab terperangkap dalam cinta seorang lelaki, dan lelaki tu pun tidak boleh memilih.

“Kalau kita lihat betul-betul, pengakhirannya berbalik kepada keredaan dan toleransi semua pihak. Kenapa perlu gaduh-gaduh,” katanya yang mengambil masa agak lama mencari pasangan duet sesuai sehinggalah menemukan Farawahida sebagai jawapannya.

Klip video yang sudah boleh ditonton di Youtube itu mengisahkan sepasang suami isteri dilakonkan Nadia Brian dan Ikmal Amry Hero Remaja 2017 yang mencurangi pasangan masing-masing. Klip video diarahkan Khairul Hazwan itu kini telah mencapai lebih 13 ribu tontonan setakat ini.

Foto : Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid