Advertisement
Advertisement
Namron Tidak Kecil Hati
September 28, 2017
Ejen Ali Musim Kedua Tampil 20 Karakter Baru
September 28, 2017

Sharifah Sakinah Jaga Pemakanan

By : Miss Ayu

Selepas menimang cahayamata pertama pada Mei lalu, pelakon Sharifah Sakinah dilihat tidak berehat lama dari dunia lakonan. Bagi yang mengikuti akaun media sosial Instagramnya pasti tahu Sakinah baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama Girlfriend Aku Dari Neraka musim terbaru.

Ketika ditemui di majlis pelancaran Cosway Flagship Experience Centre di Berjaya Times Square baru-baru ini, Sakinah memberitahu dia memang tidak merancang untuk berehat lama selepas bersalin. Bahkan, turut mendedahkan dia tidak berpantang lama seperti yang sering dilakukan oleh kebanyakan wanita.

“Selepas bersalin pada Mei lalu, saya memang tidak mengambil masa yang lama untuk kembali aktif berlakon. Saya hanya berpantang selama tiga minggu. Habis sahaja tempoh tiga minggu, saya terus masuk set penggambaran untuk drama Girlfriend Aku Dari Neraka musim terbaru. Saya tak kisah untuk terus bekerja kerana saya perlu aktif,” ujar Sakinah berkongsi cerita.

Biarpun hanya berpantang selama tiga minggu, Sakinah menjelaskan dia tidak mengambil mudah tentang pemakanan bagi memastikan tubuhnya kekal bertenaga serta cukup nutrisi kerana anaknya masih menyusu badan.

Selain menjaga pemakanan, Sakinah juga sering melakukan senaman untuk memastikan tubuh badannya kekal berstamina.

“Mungkin ada orang yang tidak bersetuju dengan tindakan saya yang berpantang sekejap. Tapi saya punya pandangan berbeza. Bagi saya, untuk buat sesuatu perkara, kita sebenarnya kena ada pengetahuan. Bukan buat sahaja tanpa tahu sebabnya.

Saya pun tak mahu komen banyak perihal berpantang ini sebab nanti mesti ada yang pertikaikan. Saya minta nasihat doktor dan pakar pemakanan. Dalam masa yang sama, saya juga bertanya kepada bidan-bidan. Jadi saya tahu sebab-sebab berpantang. Saya hanya buat amalan yang saya rasakan perlu untuk tubuh badan saya. Walaupun saya berpantang selama tiga minggu sahaja, tetapi sehingga kini saya masih menitik beratkan tentang pemakanan,” kongsi Sakinah yang turut mengamalkan pengambilan madu dan makanan berserat untuk menambah susu badan.

Sebelum mengakhiri perbualan, Sakinah sempat berkongsi tentang amalan yang dilakukannya untuk mendapatkan berat badan asal iaitu 50 kilogram. Antaranya ialah, dia bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, minum banyak air kosong, dan elakkan makanan proses.

Kredit foto : Instagram Sharifah Sakinah

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid