Advertisement
Advertisement
Farawahida Nafi Rumahtangga Dilanda Badai
September 29, 2017
Bell Ngasri, Along Eyzendy dan Shah Sulaiman Tangkap Hantu
October 2, 2017

Datuk Fazley Mahu Perkenal Juadah Melayu Kepada Mat Saleh

By : Faris Othman

Menempa nama di peringkat dunia sebagai alumni terbaik sekolah masakan terkemuka, Le Cordon Bleu, Dato’ Fazley Yaakob mahu membawa masakan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Menurutnya, negara ini mempunyai banyak khazanah masakan yang boleh dikembangkan ke mata dunia.

“Antara masakan yang sudah saya ajarkan di Le Cordon Bleu Australia baru-baru ini adalah Rendang Campur, Daging Salai Lemak Cili Api dan Ayam Pok Sambal Hijau. Alhamdulillah mereka dapat menerima makanan Melayu dengan baik.

“Soalan mereka yang pertama tanyakan adalah, mengapa masakan kita sangat sedap. Ini kerana proses makanan kita membabitkan banyak peringkat, membuatkan mereka tertarik dan kagum. Banyak sekolah masakan lain yang tertarik mahu menjemput saya membuat demo yang sama.

“Pada saya, masakan boleh merantau melangkaui bahasa, budaya atau negara. Mungkin kita tak boleh bercakap bahasa asing, tapi bila boleh masak dengan sedap, itu adalah bahasa antarabangsa bagi saya,” katanya penuh teruja.

Chef selebriti ini juga berimpian membawa lebih banyak masakan yang berciri Melayu tradisional dalam memperkenal nama negara dalam dunia masakan antarabangsa.

“Saya sebenarnya teringin membawa Sambal Tempoyak, Sambal Minang, Cencaluk dan Budu untuk diketengahkan di peringkat dunia. Sebabnya makanan peram dibuat di Perancis dan kita juga ada versi sendiri.

“Saya mahu orang luar tak hanya kenal masakan Malaysia lebih sekadar Nasi Lemak. Bagi saya masakan Malaysia melebihi sempadan pemahaman orang. Sebab tu sebagai anak jati Negeri Sembilan saya pertahankan Rendang Campur dan Daging Salai Cili Api kerana keunikan cara dan ramuan masing-masing,” katanya.

Fazley ditemui di majlis mengumumkan perlantikan dirinya sebagai duta baru Jaya Grocer serentak dengan pelancaran laman web dan aplikasi mudah alih pasar raya itu di Starling Mall, Damansara, baru-baru ini.

“Sebelum perlantikan sebagai duta pun saya sudah biasa mendapatkan barangan keperluan untuk program masakan, kafe dan sesi demo di Jaya Grocer. Jadi saya sudah biasa dan kenal dengan kualiti barangan yang terdapat di situ.

“Apa yang menarik mengenai komitmen baru saya ini adalah, saya akan jadi wajah untuk banyak produk yang dijual di Jaya Grocer. Imej saya akan didapati di banyak seksyen dan sekaligus saya menggalas tanggungjawab menjadi duta untuk produk antarabangsa terjual di situ,” akhirinya.

Foto : Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid