Advertisement
Advertisement
Namron Malu Lihat Diri Sendiri
September 29, 2017
Datuk Fazley Mahu Perkenal Juadah Melayu Kepada Mat Saleh
September 29, 2017

Farawahida Nafi Rumahtangga Dilanda Badai

By : Faris Othman

Didakwa memadamkan gambar-gambar bersama suaminya di laman sosial Instagram, penyanyi berkulit hitam manis, Farawahida menafikan rumah tangganya dilanda badai. Sebaliknya, perhubungan yang sudah terjalin utuh selama 4 tahun itu masih bahagia seperti pasangan suami isteri lain.

Menurutnya, dia tidak memadamkan gambar dia dengan suami namun memilih untuk meminimakan kekerapan kerana itu pilihan yang dibuat kedua-dua mereka. Faktor kerjaya masing-masing sebagai selebriti dan ahli perniagaan membuatkan mereka lebih selesa tidak terlalu berkongsi semua perkara di laman sosial.

“Sebenarnya saya tak buang gambar suami di Instagram seperti yang didakwa satu artikel di portal hiburan itu. Saya cuma menghadkan memuatnaik gambar kami bersama. Kalau tengok dari dulu pun saya jarang masukkan gambar kami. Sebab masing-masing ada karier yang perlu dijaga.

“Pendapat masing-masing pasal pendirian untuk tidak terlalu mendedahkan hubungan di media sosial. Ada juga saya dapat pertanyaan sama ada saya masih isteri orang atau tidak dan saya menjawab sebaik mungkin untuk mengelak salah faham,” terangnya.

Walaupun diulit bahagia, menurut Farawahida, sebagai isteri dia menghormati ketegasan suaminya itu. Malahan, menurut penyanyi ‘Tanpamu’ ini, suaminya sedar akan gosip bertebaran mengenai hubungan mereka dan menasihatkan dirinya tidak terlalu ambil kisah mengenainya.

“Itu yang dia mahu. Sebagai seorang isteri, saya menghormati keputusan yang dia buat. Dari awal pun kami tidak biasakan dengan perbuatan terlalu menonjolkan diri masing-masing seperti pergi ke majlis bersama-sama, berselfie dan sebagainya.

“Suami juga sedar ada gosip-gosip tentang hubungan kami dan nasihatkan saya tak bagi apa-apa kenyataan. Tapi mungkin dia tak begitu maklum benda ni biasa dalam dunia seni, orang suka cuit-cuit manja. Inilah bayaran sebagai anak seni. Nak kahwin dengan saya, kenalah terima semua ni,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Farawahida tampil berduet dengan Alyah dalam single terbaru mereka, ‘Mengapa Harus Aku’. Dia turut dijangka melancarkan single solonya sedikit masa lagi, setelah 6 tahun tanpa mendiamkan diri.

By : Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid