Advertisement
Advertisement
Ejen Ali Musim Kedua Tampil 20 Karakter Baru
September 28, 2017
Farawahida Nafi Rumahtangga Dilanda Badai
September 29, 2017

Namron Malu Lihat Diri Sendiri

By : Nani Ramlee

“Buruknya orang ini…”, – Itu antara ayat yang terpancul keluar dari mulut aktor Namron yang malu melihat dirinya sebagai watak lelaki lembut yang berpakaian wanita dalam filem televisyen terbaharu di Astro First Eksklusif berjudul Che Pa.

Filem televisyen terbitan Zeel Production itu memaparkan kisah mengenai Che Pa, seorang lelaki berpakaian, berhias, bersolek serta bersanggul seperti wanita yang mempersembahkan tarian hadrah untuk menyara kehidupan keluarganya.

“Saya rasa malu menonton Che Pa. Saya rasa itu bukan saya. Saya tak boleh terima itu adalah saya. Saya memang malu melihat diri sendiri,” ujarnya sambil akui sudah bersedia untuk menerima kritikan daripada penonton.

“Saya pasti orang akan bercakap tentang watak saya biarpun mereka tidak menonton naskhah ini. Saya tahu ada penonton yang tidak bersedia dengan watak sebegini. Saya yang melakonkan watak ini pun tidak suka dengan watak Che Pa. Dalam usia lebih 40-an, dia masih nak berpakaian seperti wanita.

Apapun, saya berpuas hati dengan lakonan saya. Lagipun, ini kali pertama saya membawa watak lelaki lembut,” tutur Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29 ini sambil mengakui naskhah arahan Sabri Yunus ini amat mencabar.

“Saya rimas serta panas dengan rambut, sanggul dan solekan tebal. Ia membuatkan saya bad mood dan sakit kepala. Watak ini juga susah sebab saya kena belajar menari,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Namron berkongsi bakal muncul dengan empat lagi filem iaitu Mencari Rahmat, Penculikan Amar Affendi, Safari Mall dan Suatu Ketika. Namron juga turut mengarahkan sebuah lagi filem berjudul 1,2 Jaga.

Selain Namron, filem televisyen Che Pa turut dibintangi oleh Ezany Nizariff, Amyza Aznan, Putri Hanan, arwah Yusry Edoo dan ramai lagi. Che Pa boleh dibeli dengan hanya RM15.90 dan ditonton berulang kali dalam tempoh 48 jam di saluran 480, Astro First Eksklusif dan platform ‘on demand’.

Kredit Foto : Farid Md Noh

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid