Advertisement
Advertisement
Bell Ngasri, Along Eyzendy dan Shah Sulaiman Tangkap Hantu
October 2, 2017
Jom Heboh Kuala Terengganu Dibanjiri 450,000 Pengunjung
October 4, 2017

Neelofa Teruja Jadi Duta Lancome

By : Nani Ramlee

Pengacara serta pelakon popular, Neelofa mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai duta produk kosmetik antarabangsa, Lancome.

Lebih membanggakan, pengasas Naelofar Hijab ini merupakan wanita berhijab pertama di dunia yang diangkat untuk menjadi duta kepada jenama kosmetik mewah itu.

“Ini pengalaman yang cukup menakjubkan. Saya pun tak pernah termimpi untuk dilantik sebagai duta kepada Lancome. Alhamdulillah, saya terkejut dan tidak sangka akan dilantik sebagai duta kepada jenama kosmetik bertaraf antarabangsa ini. Rasa bertuah dan bangga diberi peluang ini,” katanya kepada pihak media yang hadir pada majlis pengumumannya sebagai duta Lancome minggu lalu.

Terdahulu, pelakon cantik ini pernah dilantik sebagai jurucakap jenama tersebut untuk produk La Nuit Tresor pada 2015. Selain Lancome, aktres berusia 28 tahun ini juga merupakan duta kepada satu lagi jenama antarabangsa, Swarovski.

Sempena pelantikannya sebagai duta Lancome, pengacara program Meletop ini juga bakal bertolak ke Paris untuk memenuhi tuntutannya sebagai duta jenama terkemuka itu.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid