Advertisement
Advertisement
Neelofa Teruja Jadi Duta Lancome
October 3, 2017
Da’i Hakim Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5
October 4, 2017

Jom Heboh Kuala Terengganu Dibanjiri 450,000 Pengunjung

Lebih 450,000 pengunjung setempat membanjiri tapak karnival Jom Heboh yang berlangsung di Persiaran Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu pada 29 & 30 September 2017 lalu.

Karnival Jom Heboh ditunjangi booth-booth yang menjadi tarikan utama seperti Cerekarama, Buletin Utama, Bananana Land, Inspirasi, Raudhah, Hot FM & Kool FM serta Wow Bag yang padat dengan pelbagai aktiviti disamping menawarkan cenderahati esklusif untuk para pengunjung yang hadir.

Lebih istimewa Karnival Jom Heboh juga turut menerima kunjungan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB. Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap program yang penuh gilang-gemilang ini.

Menurut Pengarah Penjenamaan, Kandungan dan Strategi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Cik Sherina Nordin, pihaknya berasa amat berbesar hati dengan sambutan hangat yang diberikan oleh penduduk Terengganu.

“Kami merasa amat berbesar hati dengan sambutan yang cukup hangat dari penduduk Terengganu terhadap Karnival Jom Heboh ini. Ada yang datang seawal tujuh pagi untuk bersama kami di sini membawa keluarga dan rakan-rakan menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan. Kehadiran bukan sahaja melibatkan penduduk tempatan malah dari negeri jiran seperti Kelantan dan Pahang turut memeriahkan karnival ini. Terima kasih khasnya kepada kerajaan negeri Terengganu yang banyak memberi kerjasama memudahkan program ini dijalankan dengan jayanya dan kepada penduduk negeri Terengganu yang bersama-sama memeriahkan Karnival Jom Heboh Kuala Terengganu.”

Bermula Jumaat, 29 September 2017, Karnival Jom Heboh Kuala Terengganu dimeriahkan dengan lebih 20 gerai penaja yang beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam termasuk CELCOM sebagai penaja Emas.

Dua program bual bicara popular TV3 telah bersiaran secara langsung di tapak Karnival Jom Heboh, pada pagi Jumaat iaitu Malaysia Hari Ini (MHI) bermula 7.00 pagi hingga 9.00 pagi. Manakala Wanita Hari Ini (WHI) pula bersiaran selama satu jam bermula 12.00 tengahari dengan melaporkan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di lokasi. MHI diterajui oleh tiga hos popular Ally Iskandar, Fariha Onn dan Hanif Miswan sementara WHI pula diterajui oleh Fiza Sabjahan dan Rena Mohd Kassim.

Booth Bananana Land, yang menjadi pilihan kanak-kanak menampilkan Achok, Chiwan, Harris Alif, Afieq Syazwan dan Wanss Ahmad. Pelbagai aktiviti menyeronokkan diadakan termasuklah peraduan mewarna, mempelajari seni reka, peluang bergambar bersama-sama maskot Boboiboy dan Ejen Ali! Malah sambutan hari lahir kanak-kanak yang lahir pada bulan September. Sementara itu, di booth Cerekarama, pengunjung berpeluang menemui pelakon Bell Ngasri bersama Chacha Maembong.

Selain itu, mereka yang ingin membeli barangan cenderahati daripada Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (TV3, NTV7, 8TV, TV9), Hot FM, Kool FM, Bananana!, Ejen Ali dan Raudhah boleh mendapatkannya di booth Wow Bag.

Antara tarikan lain yang menjadi pilihan di KJH ialah Bazar Selebriti yang menampilkan selebriti popular seperti Ika Nabella, Afzan A Rahman, Anis Al Idrus, Zul Huzaimy, Shah Sulaiman, Zee, Acap, Faiz, Encik Mimpi, Taleep Mizad dan Majalah Gila Gila (Kartunis). Setiap selebriti ini menjual pelbagai produk keluaran mereka yang dibawakan khas untuk pengunjung di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

Aktiviti Jom Sihat turut diadakan pada hari Jumaat seawal jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi. Aktiviti ini menjemput orang ramai untuk bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat. Selain acara padang yang padat dengan pelbagai keseronokan, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan hebat dalam dua acara konsert iaitu Konsert Jom Heboh pada Jumaat dan konsert yang dianjurkan oleh Hot FM pada Sabtu. Antara penyanyi yang memeriahkan pentas ialah bintang-bintang nyanyian kelahiran Mentor Milenia seperti Fareez Fauzi, Qody, Zetty, Along, Syeera serta penampilan istimewa daripada Azlan & The Typewriter. Manakala Floor 88, Nastia, Neon, Tam Spider dan Siti Nordiana menghangatkan pentas Konsert Hot FM.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid