Advertisement
Advertisement
Da’i Hakim Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5
October 4, 2017
Faizal Tahir Tercalon Artis Asia Tenggara Terbaik MTV EMA 2017
October 5, 2017

Janna Nick Anggap Adegan Cium Tidak Berahi

By : Miss Ayu

Pelakon yang tidak lekang dengan kontroversi, Janna Nick menyifatkan adegan ‘cium’ di antaranya dengan pelakon Fattah Amin tidak mendatangkan sebarang berahi berbanding adegan-adegan lain yang pernah dilakonkan sebelum ini.

Menurut pelakon berusia 22 tahun ini, adegan itu tidak bersentuhan sama sekali dan ia dilakukan bukan untuk babak romantik atau untuk menunjukkan rasa cinta di antara kedua-dua watak.
“Adegan cium sebenarnya tidak ada apa-apa pun. Ia dilakukan bukan bertujuan untuk menunjukkan rasa kegersangan, romantik atau manis-manis percintaan tetapi sebenarnya untuk menimbulkan rasa kelakar. Tapi memandangkan video yang tersebar itu tidak menunjukkan jalan cerita sebenar, netizen salah faham.

Bagi saya adegan itu tidak mendatangkan sebarang berahi kerana saya dan Fattah langsung tidak bersentuhan. Ada jarak di antara kami iaitu kira-kira 10 sentimeter. Kalau ikutkan banyak lagi adegan di dalam drama-drama lain yang berpeluk-peluk serta bersentuhan,” ujar Janna mengulas tentang aksi berciuman dengan Fattah Amin dalam drama adaptasi Korea, Coffee Prince yang tersebar di media sosial kira-kira dua minggu lalu.

Dalam masa yang sama, Janna juga mengakui dia tidak menolak untuk melakonkan adegan itu apabila diminta oleh pengarah Michael Ang. Ini kerana dia yakin adegan itu tidak melampaui batas lebih-lebih lagi dia membawakan watak seorang lelaki ketika itu.

Janna Nick menegaskan adegan cium di antaranya dengan Fattah Amin dibuat untuk menimbulkan rasa kelakar di kalangan penonton.

“Saya yakin adegan itu tidak melampau batas kerana ia tujuan ia dirakam memang bukan untuk menampakkan kami sedang bercium. Saya pun tidak boleh komen banyak kerana cerita ini masih belum ditayangkan. Saya yakin pengarah dan editor tahu yang terbaik untuk menjaga sensitiviti masyarakat. Sebagai pelakon, saya juga sudah cukup matang untuk menentukan mana yang patut, mana yang tidak patut dilakukan,” ujar Janna yakin.

Memandangkan video berdurasi 15 saat itu tersebar gara-gara Insta Story yang dimuatnaik oleh teman baiknya sendiri iaitu Fara Mendoza, Janna turut ditebak dengan soalan adakah dia masih berkawan baik dengan pelakon baru itu?

“Saya masih berkawan baik dengan dia kerana saya tahu ketika dia memuat naik video itu di Insta Story, dia tidak ada niat yang tidak baik. Fara seorang kawan yang baik dan mempunyai sisi lain yang orang lain tidak tahu jika tidak rapat dengan dia.

Sebaik sahaja dia memuat naik video terbabit, saya dan pihak produksi sudah dapat tahu. Tetapi kami tidak meminta dia memadamkan video terbabit kerana tidak sangka pula ia akhirnya menimbulkan kontroversi. Jadi saya tidak salahkan dia 100 peratus dalam hal ini,” ulas Janna.

Drama Coffee Prince yang turut menampilkan Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira ini merupakan drama adaptasi dari Korea yang menampilkan percintaan sesama lelaki.

Foto : Farid Md Noh

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid