Advertisement
Advertisement
Faizal Tahir Tercalon Artis Asia Tenggara Terbaik MTV EMA 2017
October 5, 2017
Irwansyah Bincang Skrip Dengan Isteri
October 6, 2017

Faizal Tahir Mahu Beri Impak Positif

By : Nani Ramlee

Penyanyi Faizal Tahir teruja apabila namanya dicalonkan sebagai Artis Asia Tenggara Terbaik di anugerah berprestij MTV EMA London 2017. Menurut pelantun lagu Assalamualaikum ini, dia tidak jangka namanya akan terpilih dan melahirkan rasa bersyukur apabila dapat berada sekali lagi dalam kategori tersebut.

“Semestinya saya bersyukur lebih-lebih lagi sebab saya tak pernah menjangkakan pencalonan ini. Lagipun, kita semua sedia maklum ramai lagi penyanyi lain yang dah banyak membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa, jadi apabila nama saya dicalonkan, syukur Alhamdulillah,” katanya kepada Tonton Extra.

Faizal sebelum ini pernah dicalonkan dalam kategori yang sama pada tahun 2015, namun kategori tersebut dimenangi oleh penyanyi dari Vietnam, Son Tung M-TP. Pada tahun ini, Faizal akan bertanding bersama Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapore), Slot Machine (Thailand), Palitchoke Ayanaputra (Thailand), James Reid (Philippines) dan Dam Vinh Hung (Vietnam).

Barisan pencalonan untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik MTV EMA.

Menurut pelantun lagu Gemuruh ini, dia tidak pernah memikirkan soal menang atau kalah, jauh sekali mahu bersaing dengan calon-calon dari negara lain. Katanya, tersenarai dalam kategori tersebut sudah memadai baginya untuk memberi impak positif menerusi muzik yang ditampilkan.

“Saya bukan berlumba dengan sesiapa untuk memenangi apa-apa gelaran. Apa yang lebih penting adalah kerja saya. Saya harap saya dapat memberi satu impak yang positif kepada semua orang melalui muzik saya. Saya juga mahu menggunakan muzik sebagai satu medium untuk menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada seluruh dunia,” ujarnya.

MTV Europe Music Awards (EMA) yang dipersembahkan oleh MTV Networks Europe akan bersiaran secara langsung dari London pada hari Isnin, 13 November 2017. Anda boleh mengundi Faizal Tahir menerusi laman web rasmi MTV EMA di http://www.mtvema.com/en-asia/artists/i9m2j0/faizal-tahir. Pengundian bagi calon-calon dalam kategori ini telah bermula pada 4 Oktober dan akan berakhir pada 11 November 2017.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid