Advertisement
Advertisement
Faizal Tahir Mahu Beri Impak Positif
October 6, 2017
Hafiz Hatim Bawa Mat Salleh Teroka Hutan
October 9, 2017

Irwansyah Bincang Skrip Dengan Isteri

By : Miss Ayu

Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Irwansyah memberitahu isterinya, Zaskia Sungkar tidak punya masalah apabila dia perlu melakonkan adegan-adegan romantik bersama gandingannya Janna Nick dan Izara Aishah dalam drama ‘Dia’. Namun, tidak menafikan isterinya itu ada meletakkan syarat iaitu tidak boleh berpelukan atau berciuman.

“Isteri tidak ada masalah jika perlu berlakon dengan wanita lain, tapi dia tak benarkan aksi peluk atau cium. Saya juga ada berbincang dengan dia tentang skrip drama ini, dan dia memahami serta membenarkan saya untuk terlibat dengan penggambaran. Setakat bersentuhan tangan itu tidak mengapa,” ujar Irwansyah yang popular dengan lagu ‘Pencinta Wanita’ ini.

Dalam masa yang sama, Irwansyah juga menafikan desas-desus yang mengatakan dia mendapat bayaran lumayan sehingga RM1 juta untuk membintang drama berjumlah 60 episod itu. Jelas lelaki ini, dia berlakon bukan semata-mata kerana wang, tetapi kerana kepuasan diri dan pengalaman yang bakal diraih.

“Kalau saya terima bayaran lumayan sebegitu, Alhamdulillah. Tetapi tidak. Bagaimanapun, bayaran yang saya dapat untuk drama ini adalah berbaloi memandangkan tempoh penggambarannya mengambil masa kira-kira tiga bulan. Saya berlakon bukan semestinya kerana wang, tetapi melihat kepada peluang dan pengalaman yang berbeza.

Saya bersetuju untuk membintangi drama ini kerana saya melihat kolaborasi antara produksi Malaysia dan Indonesia ini sebagai sesuatu yang berbeza. Lebih-lebih lagi saya belum pernah terlibat dengan mana-mana produksi Malaysia sebelum ini. Saya harap drama ‘Dia’ ini akan mendapat sambutan yang baik di kalangan peminat Malaysia dan juga Indonesia. Lebih baik lagi jika ada kesinambungannya. Mungkin ‘Dia 2’ atau ‘Dia 3’,” ujar Irwansyah.

Irwansyah dan Janna Nick bergandingan dalam drama ‘Dia’ sebagai pasangan yang saling mencintai.

Drama ‘Dia’ arahan Eoon Shuhaini ini akan ditayangkan di slot Akasia, TV3 bermula 14 Oktober ini, jam 9.00 malam dari Jumaat hingga Ahad.

Dia mengisahkan tentang Adit iaitu Irwansyah yang telah dijodohkan dengan Emelda (Izara Aishah) walaupun Adit sebenarnya amat mencintai Aira (Janna Nick). Oleh kerana patah hati, Aira telah membawa diri ke tempat lain dan bekerja sebagai seorang penulis.

Adit berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodohnya dengan Emelda tidak berpanjangan apabila isterinya itu meninggal dunia ketika melahirkan bayi sulung mereka.

Foto : Farid Md Noh

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid