Advertisement
Advertisement
Irwansyah Bincang Skrip Dengan Isteri
October 6, 2017
Terokai Outdoor Channel Asia Di tonton
October 9, 2017

Hafiz Hatim Bawa Mat Salleh Teroka Hutan

By : Nani Ramlee

Penyampai radio popular Fly FM, Hafiz Hatim berkongsi rasa teruja apabila dapat mengembara serta menerokai hutan di Malaysia bersama penyelidik hidupan liar terkenal antarabangsa, Ivan Carter. Pengembaraan kedua individu berlainan bidang ini adalah bagi menjayakan siri eksklusif ‘Mat Salleh Masuk Hutan with Abe’ yang bakal ditayangkan di saluran terbaharu tonton, Outdoor Channel Asia.

“Apabila tonton menawarkan projek ini kepada saya, saya terus bersetuju. Lagipun saya memang sukakan binatang dan sejak dari kecil lagi saya suka tengok wildlife channel,” kata Hafiz ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Outdoor Channel Asia’ di Theaterette, Sri Pentas, Bandar Utama pada Jumaat.

“Saya pernah tengok siri Carter’s War dan saya kagum dengan kesungguhan Ivan melindungi hidupan liar di Afrika. Kesempatan ini membolehkan saya bertanyakan kepada Ivan bagaimana dia deal dengan hidupan liar dan apakah pengalaman yang menakutkan serta menakjubkan yang dia lalui sepanjang usaha dan misi dia melindungi hidupan liar.

Saya mahu belajar banyak perkara dengannya. Dia melindungi hidupan liar dan bagi saya, itu yang patut kita buat. Sudah tentu saya bersemangat apabila terlibat dalam program ini,” ujarnya lagi.

Hafiz dan Carter baru sahaja selesai menjalani penggambaran di hutan Tambun dan Gopeng, Perak selama dua hari pada Sabtu dan Ahad lalu. Antara aktiviti yang dilakukan mereka ialah meneroka Anak Gua Tempurung, white water rafting serta memancing ikan jenis peacock bass dan giant headsnake di Tasik Chenderoh.

“Aktiviti yang dilakukan memang mencabar. Saya pernah buat water rafting, manakala untuk memancing pula, kali terakhir ketika umur 9 tahun. Ketika itu saya tangkap ikan keli. Apapun, saya memang teruja dapat melakukan semua aktiviti ini,” tuturnya teruja.

Dalam pada itu, Hafiz turut berkata dengan adanya saluran terbaharu ‘Outdoor Channel Asia’, ia dapat memberi pendedahan serta kesedaran kepada penonton mengenai hidupan liar.

“Saya sedar kandungan tentang hidupan liar di Malaysia sangat kurang. Bagi saya, dengan adanya platform Outdoor Channel Asia ini, ia dapat memberi kesedaran kepada masyarakat kita tentang pentingnya memelihara hidupan liar bagi memastikan bumi ini menjadi tempat yang selamat untuk didiami untuk generasi akan datang. Saya harap saya dapat berkongsi ilmu dengan penonton.”

‘Mat Salleh Masuk Hutan with Abe’ bakal diterbitkan sebanyak empat episod iaitu 10 minit setiap episod. Ekspedisi eksklusif ini boleh ditonton secara eksklusif menerusi portal dan aplikasi tonton bermula 27 Oktober 2017.

Foto : Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid