Advertisement
Advertisement
Hafiz Hatim Bawa Mat Salleh Teroka Hutan
October 9, 2017
”Fattah Bukan Lelaki Seperti Itu” – Fazura
October 11, 2017

Terokai Outdoor Channel Asia Di tonton

By : Nani Ramlee

Penyiar kandungan ‘over the top’ Rangkaian Televisyen Malaysia Berhad, tonton, terus mengembangkan pengisiannya dengan menawarkan saluran terbaharu, Outdoor Channel Asia.

Outdoor Channel Asia yang menawarkan pengisian kembara dan gaya hidup lasak kini boleh diakses lebih daripada 7.3 juta pengguna di Malaysia bermula 6 Oktober 2017 dalam bentuk definisi tinggi (HD) secara percuma di tonton.

Rangkaian kabel bebas ini juga boleh didapati secara global kepada lebih 45 juta isi rumah termasuk 10 juta isi rumah di Asia.

“Outdoor Channel Asia merupakan saluran pengembaraan lasak dan gaya hidup luar berbahasa Inggeris pertama di tonton dan saya yakin saluran ini menepati citarasa pengguna tonton dari semua peringkat umur,” kata Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh.

Antara program yang terdapat di saluran Outdoor Channel Asia ialah Carter’s War yang dihoskan oleh penyelidik hidupan liar terkenal, Ivan Carter. Penonton boleh mengikuti kembara lasak Carter yang sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk melindungi haiwan terancam sekaligus memberi pendedahan tentang bahaya yang dihadapi hidupan liar di Afrika.

Menariknya, Carter turut hadir sewaktu majlis pelancaran saluran Outdoor Channel Asia di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini. Turut hadir sama ialah Pengarah Urusan Multi Channels Asia, Gregg Creevy.

“Kami sangat teruja dengan kerjasama bersama tonton yang membuka saluran baharu bagi rakyat Malaysia untuk mengakses kandungan eksklusif terutamanya yang mempunyai minat dan aspirasi gaya hidup luar,” katanya.

Selain Carter’s War, pengguna tonton boleh menyaksikan rancangan-rancangan menarik di saluran Outdoor Channel Asia antaranya Monster Fish, Hollywood Weapons, Backcountry Rescue, Gold Fever, Alaska’s Wild Gourmet dan banyak lagi.

Nikmati pengembaraan gaya hidup luar 24 jam tanpa henti dalam bentuk definisi tinggi (HD) menerusi aplikasi tonton melalui App Store dan Google Play atau layari www.tonton.com.my.

Foto : Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid