Advertisement
Advertisement
”Fattah Bukan Lelaki Seperti Itu” – Fazura
October 11, 2017
Clever Girl 2017: HotFM Photoshoot
October 13, 2017

Fazura Yakin Dengan Keberkesanan Nutox

By: Nani Ramlee

Kecantikan aktres terkenal Fazura tidak perlu disangkal lagi. Malah, kulit wajahnya yang berseri juga membuatkan setiap wanita mencemburui serta mendambakan kulit wajah seperti pelakon berusia 34 tahun ini.

Namun, seperti wanita lain, Fazura juga turut berhadapan dengan masalah kulit wajah yang kusam. Ditemui sewaktu pelancaran produk terbaru Nutox Renewing Treatment di 1 Utama Shopping Centre, Fazura berkongsi masalah yang dihadapinya.

Fazura berkongsi pengalamannya bersama Nutox di 1 Utama Shopping Centre.

“Tugas sebagai pelakon memerlukan saya berada di lokasi rakaman dengan memakai lapisan mekap dalam jangka masa yang lama. Kulit saya juga sering terdedah di bawah sinaran matahari. Ditambah pula dengan stres dan kurang berehat, kulit saya mudah menjadi kusam dan tidak bermaya.

Namun, dengan adanya Nutox Renewing Treatment, ia membantu melindungi kulit saya daripada kekusaman, menyerikan kulit wajah serta menjadikan kulit saya lembut dan halus,” tuturnya yang yakin dengan jenama Nutox.

“Saya sudah menjadi duta Nutox sejak tahun 2009 lagi dan saya bangga dapat bersama dengan jenama ini sehingga sekarang. Produk ini sangat berkesan dan memberikan keyakinan kepada saya untuk keluar tanpa mengenakan sebarang solekan.

“Sudah 8 tahun saya bersama Nutox dan ia memang dekat dengan hati saya. Saya yakin dengan kulit muka saya dan Nutox merupakan jenama yang akan saya percayai selamanya,” ujarnya optimis.

Rangkaian terbaru produk Nutox Renewing Treatment.

 

Fazura sewaktu sesi autograf dan ramah mesra bersama peminat.

Selain memperkenalkan rangkaian produk Nutox Renewing Treatment yang terdiri daripada Lotion, Essence dan Cream, majlis tersebut juga turut memberi peluang kepada peminat serta pengguna Nutox untuk beramah mesra dengan artis kesayangan mereka.

“Saya sangat gembira dapat bertemu dan berkongsi mengenai pengalaman saya dengan peminat dan pengguna Nutox. Saya berjanji, jika anda menggunakan Nutox, anda juga akan berpuas hati dan merasai sendiri pengalaman yang menakjubkan,” katanya mengakhiri perbualan.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid