Advertisement
Advertisement
Clever Girl 2017: HotFM Photoshoot
October 13, 2017
Sara Anggap Haters Memberi Motivasi
October 16, 2017

Sara Clever Girl Malaysia Rangkul RM100,000!

By: Nani Ramlee

Pentas akhir Clever Girl Malaysia yang berlangsung pada Jumaat lalu menyaksikan wakil negeri Perak, Sara atau nama sebenarnya Sara Amelia Binti Muhammad Bernard berjaya merangkul mahkota kejuaraan bagi musim kedua.

Kemenangan tersebut melayakkan graduan lulusan Asasi Psikologi, Ekonomi dan Matematik itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100, 000 beserta trofi. Hadiah tersebut disampaikan oleh juara Clever Girl Malaysia musim pertama, Fatin Nuraisya Mohd Hanipha.

Sara menerima trofi daripada juara Clever Girl musim pertama, Fatin.

“Sukar untuk menggambarkan kemenangan ini kerana saya betul-betul speechless. Apapun, saya sangat teruja, gembira dan bersyukur kerana segala usaha keras yang saya lakukan selama 10 minggu ini berbaloi dan kemenangan ini akhirnya menjadi realiti,” ujar Sara ketika ditemui sejurus dinobatkan selaku juara.

Sara teruja bersama trofi kejuaraan.

Pentas akhir Clever Girl Malaysia musim kedua menyaksikan persaingan hebat antara Sara dan tiga finalis lain iaitu Hani (Perlis), Fadila (Negeri Sembilan) dan Shazana (Selangor). Bagaimanapun, Shazana yang mengutip markah terendah disingkirkan pada pusingan pertama.

Pertembungan sengit empat finalis di pentas akhir Clever Girl Malaysia.

Pusingan kedua cabaran kuiz pula menyaksikan Hani dan Fadila mengumpul mata tercorot dan mereka berdua perlu bersaing dalam cabaran fizikal bagi menentukan tempat ke pusingan penentuan juara. Pada pusingan tersebut, Fadila berjaya menewaskan Hani sekaligus melayakkannya bersaing di pusingan penentuan juara bersama Sara.

Pusingan penentuan juara menyaksikan Sara dan Fadila memilih topik soalan menerusi undian Pilihan Malaysia.

Pusingan akhir penentuan juara menyaksikan pertembungan sengit antara Sara dan Fadila, namun rezeki tidak menyebelahi mahasiswi Pendidikan itu dan Fadila hanya berjaya bergelar naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Juara dan naib juara bersama penaja utama Serai Mas.

Clever Girl Malaysia musim kedua dihoskan oleh Alif Satar dan dibawakan khas oleh Sayangku Ratna, keluaran Serai Mas selaku penaja utama.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid