Advertisement
Advertisement
Sara Clever Girl Malaysia Rangkul RM100,000!
October 15, 2017
Versus 1001 Rasa Baba’s Warnai 4 Dekad Baba’s
October 16, 2017

Sara Anggap Haters Memberi Motivasi

Sara teruja bersama trofi kejuaraan.

By: Nani Ramlee

Wakil negeri Perak, Sara Amelia Bernard optimis dan yakin kemenangannya selaku juara Clever Girl Malaysia musim kedua adalah atas hasil usaha kerasnya sepanjang sepuluh minggu program terbitan Primeworks Studios itu berlangsung.

“Saya banyak melakukan ulang kaji dan rujukan sejak minggu pertama lagi. Saya akan menulis nota ringkas, membuat kad kecil dan menjawab soalan di pelbagai aplikasi kuiz untuk menajamkan lagi pemikiran dan pengetahuan saya.

Sara bersama ahli keluarganya.

Secara jujurnya, bukan mudah untuk menjawab soalan secara langsung di atas pentas. Bayangkan tekanan yang kami semua perlu hadapi antaranya berhadapan dengan penonton dan kamera. Namun, Alhamdulillah segala usaha keras saya selama ini berbaloi,” kata Sara sambil berharap kemenangannya itu dapat membuktikan segala persepsi negatif yang dilemparkan haters terhadap dirinya sebelum ini adalah satu kesilapan.

“Mereka yang menggelar saya ‘B’ word atau apa sahaja, saya harap kemenangan ini membuktikan anda salah,” tuturnya ketika ditemui pada sidang media yang diadakan sejurus selepas program tersebut tamat.

Haters mungkin lebih membenci saya selepas kemenangan ini, namun ia bukan satu masalah untuk saya. Bagi saya, haters adalah motivater buat saya dan mereka memberi motivasi kepada saya untuk lebih berusaha keras,” kata gadis kelulusan Asasi Psikologi, Ekonomi dan Matematik ini kepada Tonton Extra.

Ditanya mengenai perancangannya selepas ini dan apakah yang mahu dilakukan dengan wang kemenangan RM100,000 yang diperolehinya itu, ini jawapan gadis berusia 25 tahun itu.

“Saya meminati sukan Muay Thai dan saya akan gunakan duit kemenangan ini untuk sukan tersebut serta membantu masyarakat. Saya juga harap dapat menerima bimbingan daripada TV3 mengenai hala tuju saya dalam bidang ini, baik pengacaraan mahupun lakonan,” akhirinya.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid