Advertisement
Advertisement
Sara Anggap Haters Memberi Motivasi
October 16, 2017
Sharnaaz Ahmad Jual Tudung
October 19, 2017

Versus 1001 Rasa Baba’s Warnai 4 Dekad Baba’s

By: Nani Ramlee

Sempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 Baba’s, jenama serbuk kari dan rempah popular di Malaysia ini bakal membawakan pelbagai aktiviti kempen dan program menarik kepada pengguna setianya.

Selain menjadi penaja beberapa program TV serta memberi 50 tiket ke Gold Coast, Australia kepada pengikut setia laman webnya, Baba’s juga bakal meraikan 4 dekadnya dengan mengumumkan pelancaran program masakan, Versus 1001 Rasa Baba’s.

Antara mereka yang menjayakan program Versus 1001 Rasa Baba’s.

“Sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan setia Baba’s, kami akan memberikan sesuatu yang sangat istimewa menerusi kempen yang dianjurkan kerana merekalah penjaga sebenar jenama kami,” kata Claudian Navin Stanislaus selaku Ketua Pengiklanan dan Promosi Baba’s.

“Sempena meraikan 4 dekad Baba’s, kami juga akan membawa kembali program masakan Versus 1001 Rasa Baba’s kepada anda semua. Siri pertandingan ini akan menampilkan kelainan di mana pada kali ini peserta akan mendapat panduan daripada mentor mereka yang terdiri daripada chef selebriti serta individu profesional yang terlibat dalam bidang kulineri,” katanya lagi.

 

Chef Kamarul dan Chef Adu digandingkan buat julung kalinya di pentas Versus 1001 Rasa Baba’s.

Versus 1001 Rasa Baba’s dihoskan oleh Chef Dr. Kamarul dan Chef Adu. Program ini akan menyiarkan sebanyak 13 episod sebelum dimasukkan ke Facebook untuk fasa seterusnya. Kemudian, ia akan kembali semula ke kaca televisyen TV3 untuk peringkat akhir bagi merebut hadiah utama bernilai RM10,000.

Versus 1001 Rasa Baba’s akan menemui penonton setiap hari Khamis jam 5.35 petang bermula 26 Oktober 2017 di TV3. Penonton juga boleh menonton siaran ulangan yang akan disiarkan pada Isnin berikutnya jam 5.35 petang.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid