Advertisement
Advertisement
Sharnaaz Ahmad Jual Tudung
October 19, 2017
Rita Rudaini Teringin Anak Perempuan
October 20, 2017

Kelip-Kelip Di Kota London Kini Di tonton

Mampukah cinta sejati mengatasi perasaan benci dan ketamakan harta? Adakah cinta suci mampu memenangi hati keluarga? Apakah takdir membawa kepada pengakhiran yang bahagia atau kekecewaan selamanya?

Perkhidmatan penstriman tempatan pertama dan terbesar di Malaysia, tonton membawakan kisah cinta romantis bersulam kuasa, cinta dan agama menerusi drama ‘Kelip-Kelip Di Kota London’ yang menampilkan lakonan hebat Hafidz Roshdi dan Hanna Aqeela.

Berlatar-belakangkan kesibukan kota London, perjalanan cinta dua merpati sejoli menjadi saksi perhubungan sejati pasangan romantis ini. Hubungan cinta di antara Shaufiq (lakonan Hafidz Roshdi) bersama Insyirah (lakonan Hanna Aqeela) berantakan akibat daripada campur tangan keluarga disebabkan perbezaan darjat.

Drama ‘Kelip-Kelip Di Kota London’ arahan Murali Abdullah, terbitan Zeel Production Sdn Bhd boleh distrim kesemua 13 episod di tonton bermula 18 Oktober 2017. Istimewanya, pengguna tonton berpeluang untuk strim drama ini lima bulan lebih awal sebelum siaran TV – tayangan di TV3 hanya akan bermula pada bulan Mac 2018 menerusi slot Zehra.

Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Airin Zainul berkata drama ini berkisarkan percintaan islamik menerusi lakonan mantap oleh Hafidz Roshdi, Hanna Aqeela, Rizz Ismail, Putri Hanan, Nadiyah Shahab, Haliza Misbun, Zain Saidin, Tony Eusoff dan Ezany Nizariff.

“Kami yakin kisah cinta ini bakal meninggalkan impak perasaan ingin tahu dalam diri penonton. Kami mahu mengajak penonton menyelami dan menyesuaikan pengalaman sendiri dengan kisah cinta penuh suci ini. Penonton pasti terbuai dengan perjalanan kisah cinta mereka disulami dengan pemandangan indah Eropah dan turut sama kecewa apabila perpisahan berlaku”, ujar Airin.

Tonton kesemua episod drama-drama terbaru sebelum siaran TV dengan melanggan pakej VIP tonton yang bukan sahaja menawarkan program langsung, saluran premium dan pustaka video lebih daripada 30,000 jam, malah ditambah dengan pengalaman bebas tanpa iklan. Pelan langganan VIP bermula pada harga serendah RM3 (harian), RM5 (mingguan), RM10 (bulanan) dan RM96 (tahunan).

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my. Anda juga boleh menghubungi kami di LIVE chat service atau di talian 03-2717 2020!

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid