Advertisement
Advertisement
Kelip-Kelip Di Kota London Kini Di tonton
October 19, 2017
ASK 2017 : SHUK
November 2, 2017

Rita Rudaini Teringin Anak Perempuan

By: Nani Ramlee

Sejak bercerai talak satu dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak pada tahun 2013, pelakon Rita Rudaini akui dirinya masih belum berpunya.

Tidak pernah serik selepas dua kali gagal dalam perkahwinan, ibu kepada dua cahaya mata ini akui tidak menolak jika Tuhan menghantar jodoh kepadanya.

“Saya tidak serik, cuma saya tak mencari. Kehidupan saya sekarang dah selesa. Tapi kalau Tuhan hantar jodoh kepada saya, biarlah jodoh itu yang terbaik untuk anak-anak,” ujar Rita ketika ditemui pada majlis pelancaran Safi Rania Gold Beetox di St Giles, The Gardens baru-baru ini.

Rita bahagia dengan anak-anak.

Ketika ditemui, pelakon filem Mami Jarum ini turut melahirkan rasa gembira apabila melihat rakan artis, Dato’ Siti Nurhaliza dan Nora Danish kini berbadan dua. Malah, dia turut akui teringin untuk menimang anak perempuan jika mempunyai rezeki.

“Bila tengok orang mengandung, rasa seronok. Apabila tengok budak perempuan, saya suka dan teringin juga nak anak perempuan. Tapi saya serahkan semuanya kepada rezeki Tuhan. Saya tak terfikir nak ambil anak angkat dan kalau boleh mahu dari zuriat sendiri,” ujarnya.

Rita sewaktu ditemui pada majlis pelancaran Safi Rania Gold Beetox di St Giles Hotel, The Gardens.

Hasil perkongsian hidup dengan Aidil sebelum ini, Rita dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 8, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

Dalam perkembangan lain, Rita bakal menjalani penggambaran sebuah telefilem terbitan Zeel Production untuk TV3. Rita yang aktif menjalankan perniagaan gincu, wangian serta serum juga turut berkongsi akan menyertai Karnival Usahawan Desa 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sehingga 22 Oktober ini.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid