Clever Girl Malaysia menampilkan 14 peserta wanita yang bijak pandai dan berperwatakan menarik dengan mewakili 13 negeri dan 1 wilayah persekutuan di Malaysia.

Program realiti “gameshow” yang mencari gadis terpintar di Malaysia kembali dengan musim baharu. Pada musim yang lepas, Fatin Nuraisya dari Kelantan telah dinobatkan sebagai Clever Girl Malaysia yang pertama, di mana beliau telah memenangi hadiah utama wang tunai RM100,000.

Program ini menggabungkan elemen realiti dan “gameshow” yang menilai pengetahuan am dan personaliti setiap peserta. Para peserta akan dinilai oleh kuiz mingguan yang diadakan secara langsung. Dihoskan oleh Alif Satar.

UJI BAKAT

  1. Sesi uji bakat Clever Girl Malaysia akan berlangsung di enam lokasi sekitar Malaysia bermula 1 April 2016 – 7 May 2017 bermula jam 9 pagi hingga 6 petang di lokasi-lokasi berikut:
    TarikhLokasi
    1 AprilThe Zenith Hotel, Kuantan, Pahang
    8 AprilKlagan Regency Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
    15 AprilMerdeka Palace, Kuching, Sarawak
    22 AprilPersada Johor Convention Centre, Johor
    29 AprilSetia Spice Convention Centre, Pulau Pinang
    6 Mei & 7 MeiSri Pentas, Bandar Utama, Selangor
  2. Kriteria peserta:
    • Terbuka kepada peserta wanita sahaja.
    • Berumur dalam lingkungan 18 – 30 tahun.
    • Warganegara Malaysia (Negeri diwakilkan sama ada Alamat tetap atau Negeri bermastautin)
    • Berpengetahuan luas dan mempunyai perwatakan menarik
  3. Setiap peserta perlu membawa:
    • Kad Pengenalan dan salinan
    • Gambar bersaiz passport
    • Mesti kelihatan kemas dan rapi
  4. Selain daripada menghadiri ke sesi uji bakat Clever Girl Malaysia, para wanita yang celik media sosial boleh mencalonkan diri atau rakan lain melalui hashtag #clevergirlmy di Instagram dengan langkah-langkah yang berikut:
    1. Memuat naik sebuah video berdurasi 60 saat di Instagram dan ceritakan “mengapa anda adalah Clever Girl yang kami cari” berserta hashtag #clevergirlmy
    2. Pencalonan rakan juga boleh dilakukan melalui hashtag #clevergirlmy serta huraian “mengapa rakan anda adalah seorang Clever Girl”
    3. Pastikan tetapan Instagram diletakkan pada mod umum (public)
    4. Calon-calon yang terpilih akan kami hubungi melalui akaun Instagram mereka
  5. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/clevergirl dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.