Undian

Anda HANYA boleh mengundi 1 protégé sahaja setiap minggu.
Undian hanya dibuka setiap Ahad bermula jam 6.00petang sehingga pengumuman undian ditutup.

MENTOR MILENIA 2017

Mentor Milenia adalah program realiti nyanyian yang tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur antara 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia 2017 membariskan empat artis muda berbakat besar iaitu Akim, Hazama, Black dan Tomok selaku Mentor bagi mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni.

Barisan protégé akan bertanding dalam 10 konsert mingguan yang disiarkan secara langsung dari studio Sri Pentas 2. Konsert mingguan ke-8 dan ke-9 merupakan konsert separuh akhir, di mana protégé-protégé yang masih bertahan akan berentap di pentas akhir Mentor Milenia 2017 untuk merebut wang tunai berjumlah RM 100,000.

Program realiti popular ini turut dibantu oleh Azmeer sebagai penasihat, Sazlan Mat Adnan sebagai koreografer dan Faizal Uzir (Lok-U) sebagai pengarah muzik.

Mentor Milenia 2017 dibawakan khas oleh Neffos, Telefon Pintar Generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio. Menariknya kali ini, Mentor Milenia 2017 akan dihangatkan lagi dengan Smule, aplikasi karaoke popular. Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi bersama mentor pilihan anda bermula pada bulan Mac ini menerusi aplikasi Smule.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege pada setiap Ahad bermula 6.00 petang selama 30 minit.

Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dengan menggunakan hashtag #MentorMilenia2017 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung di www.tonton.com.my.

AKIM

ELICA

ANGELICA
SABAH
17 TAHUN PROFILE

ANNA

JANNAH
SELANGOR
18 TAHUN
PROFILE

FARHAN

MOHD FARHAN
PAHANG
20 TAHUN

BLACK

SYEERA

NUR SYAHEERA
SELANGOR
19 TAHUN PROFILE

NUZUL

AHMAD NUZUL FAIZAL
KELANTAN
17 TAHUN PROFILE

AFIF

MOHD AFIF
KELANTAN
20 TAHUN

HAZAMA

USOP

MUHAMMAD SAIFUL NAIM
KEDAH
20 TAHUN PROFILE

BALQIS

NOR BALQIS
TERENGGANU
18 TAHUN PROFILE

SERRA

IFFAH SYAHIRA ARIFFEN
SELANGOR
21 TAHUN

TOMOK

ALONG

MOHAMAD ROZAIMI
KEDAH
20 TAHUN PROFILE

QALISYA

NUR QHALYSA SYAZREENA
SABAH
17 TAHUN PROFILE

ADAM MALEK

ADAM MALEK
SELANGOR
21 TAHUN